
Sebelum blog ini mula untuk bersawang kembali lebih baik penulis mencoretkan sesuatu...
Sejak akhir2 ini penulis terfikir jika ditanyakan satu soalan siapa yang rasa apa yang berlaku pada dirinya sekarang ini adalah apa yang dia pernah rancangkan sebelum ini, jika ada yang menjawab 'ya' syabas penulis ucapkan kerana anda memang merupakan seorang yang merancang kehidupan anda, tetapi jika jawapan anda adalah 'tak' bukan bermakna anda adalah seorang penjenayah kerana gagal utk merancang kehidupan anda. Bukan begitu, tetapi cuba kalau disaat sekarang ini kita betul2 memeta perancangan kehidupan kita.Bagaimana keadaan kita pada tahun depan?5 tahun lagi?atau 10 tahun lagi?Berikut adalah langkah yang kita sama2 boleh ambil untuk merancang hidup kita.
1) Cari Key Result Area,relung atau perkara yang anda ingin rancangkan.Contohnya, soal karier anda,akademik anda, atau aspek keagamaan seperti ibadah anda dan dakwah.
2)Bila dah set aspek apa, setkan pula Strategic Goals ataupun matlamat strategik anda dalam relung tersebut.Contohnya untuk akademik hendak graduate daripada Universiti dengan CGPA 3.5, Matalamat ini harus menepatai SMART; Specific, Measurable, Achievable,Realistic, dan ada Time frame.
3) Bila dah rancangkan matlamat anda rancangkan pula langkah2 yg perlu diambil. Perlu juga memenuhi SMART. Apa bila dihujung tahun saat utk membuat penilaian semula jika gagal untuk mencapai Matlamat, jangan diubah mattlamat tersebut tetapi ubahlah langkah2 anda.Boleh jadi langkah anda tidak betul2 memenuhi SMART.
4) Perancangan anda juga perlu ada Key Performance Indicator, ataupun disebut sebagai kayu ukur. Ini adalah untuk menilai semula sejauh mana perancangan anda akan tercapai.Contohnya anda mensasarkan untuk dihujung tahun anda telah berjaya membaca 12 buah buku,maka KPI yang anda letakkan adalah sebuah buku setiap bulan.
5) Akhirnya perancangan anda perlu anda tempoh masa.Masa ini akan mengikat anda untuk merealisasikan matlamat anda.
orang Mukmin yang Cemerlang adalah esok lebih Baik daripada hari ini, Org Mukmin yang Biasa bila hari ini sama seperti semalam,dan yang Celaka bila hari ini lebih Teruk daripada semalam.Bukankah ayat ini menunjukkan kita perlu untuk merancang
Selamat merancang dan menjadi org terancang.
8.28-BF